Cara Simpan Duit

Assalamualaikum, kali ini aku nak bincangkan cara-cara untuk simpan duit. Banyak cara yang korang boleh guna dan perlu ingat kalau korang memang berhasrat untuk ada duit simpanan silalah buat rekod pembelanjaan dan bajet harian. Okay jom kita mulakan (p/s: ini pengalaman dan cara yang aku buat. perlu diingatkan, semua bergantung kepada kemampuan)

1. Buat agihan pembelanjaan bulanan
Pastikan setiap bulan buat kiraan untuk pembelanjaan wajib (cth: pinjaman bank, rumah sewa, belanja dapur, dll) baru boleh buat perancangan simpanan duit bulanan. Ada orang pendapatan bulanan tidak mampu untuk menampung pembelanjaan bulanan/hanya sekadar cukup-cukup makan. Jadi, aku sarankan kepada golongan tersebut, buatlah kerja sambilan untuk menampung belanja bulanan korang. Next blog aku akan senaraikan kerja-kerja sambilan yang boleh korang buat untuk menjana pendapatan lebih.

2. Keperluan VS Kehendak
Haaa yang ini ramai yang gagal untuk patuhi. Kita perlu beza keperluan dan kehendak jika mahu menabung. Contoh keperluan, makanan dan minuman asas manakala kehendak makanan dan minuman trending (cth: boba milk). Apa beza dua benda tu? Okay banyak beza dari segi harga. Bayangkan tiap hari minum boba yang harganya dalam lingkungan RM8 - RM15, itu belum belanja makan pagi, tengahari, dan malam (maklumatlah Malaysia kaya dengan makanan) mahu cecah rm30 sahaja belanja makan dan minum dalam sehari. Selagi boleh jimat kita jimat, jangan menyesal dikemudian hari.

3. Asingkan duit simpanan, belanja wajib, dan belanja tidak wajib
Mengasingkan duit boleh membantu kita untuk mencapai target pembelanjaan bulanan. Ini merupakan contoh agihan wang belanja untuk pendaptan bersih bulanan RM1500 (ini sekadar contoh ye aku tahu belanja bulanan yang sebenarnya lebih dari ini)
1. Simpanan: RM300
2. Belanja wajib: RM800
3. Belanja tidak wajib/baki: RM400

4. Tabung harian
Tip ni sangat popular iaitu simpanan yang dilakukan tiap hari dengan jumlah yang sama, contoh simpan RM5 setiap hari. Memang korang rasa amaun tu sikit tapi cuba bayangkan jumlah yang kornag akan dapat jika menabung secara konsisten dalam tempoh 3 Tahun? RM5 x 30 x 12 x 3 = RM5400. Wow banyak tu.. Tips ni sangat sesuai untuk student yelah nak simpan banyak-banyak pun tak bergaji melainkan kalau korang buat part time.

5. Buat akaun simpanan
Tips terakhir, buatlah akaun simpanan yang khas untuk korang simpan duit simpanan bulanan. Korang boleh buat akaun ASBN jika nak simpanan yang mendatangkan keuntungan untuk korang. Korang boleh cari maklumat mengenai cara pembukaan, jenis-jenis akaun, lokasi untuk mendaftar, dan sebagainya di laman web mereka, https://www.myasnb.com.my/ . Tapi setakat ni aku tak ada lagilah akaun ASBN ni jadi, aku simpan di akaun bank yang tiada online banking (sebab aku suka shopping online) dan latihlah diri korang untuk jangan guna kad tersebut untuk membuat transaksi bayaran secara debit.

Ni jelah yang aku boleh kongsi dengan korang cara-cara simpan duit. Harap blog ni sedikit sebanyak boleh membantu korang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca blog aku ni.

Ulasan